Pada 31 Mac 1981, Koperasi Pekebun Kecil Daerah Larut Matang Berhad (KPK Larut Matang) ditubuhkan. Lokasi awal organisasi ini bermula di Asam Kumbang, kemudian berpindah ke beberapa tempat dan akhirnya mempunyai bangunan sendiri iaitu pada Januari 2015 bertempat di No.34,Tingkat bawah, Bangunan Koperasi Guru, Jalan Kg. Jambu 4, Medan Koperasi, 30000 Taiping, Perak.
Pada masa penubuhan, KPK hanya mempunya 4 orang pekerja yang terdiri daripada seorang pengurus, seorang kerani, seorang pemandu lori, dan seorang kelindan. Ianya terdiri daripada ahli-ahli pekebun kecil seramai 1720 orang yang merupakan pemilikan bumiputera. Koperasi juga menjalankan perniagaan menjual dan membeli buah kelapa sawit dan getah. Disamping itu Koperasi mempunyai 2 cawangan Pusat Timbang Sawit iaitu di Sg.Ara Batu Kurau dan Trong Changkat Ibol.
Selain itu, Koperasi terlibat dalam sektor pembinaan, pembekalan yang dimana projek-projek ini melibatkan Badan Kerajaan dan Sektor Swasta. Bukan itu sahaja, malah Koperasi juga telah menceburi dalam bidang Agro-Makanan hasil kerjasama bersama RISDA, iaitu Projek Ternakan Lembu Separa Fidlot dan Ternakan Ayam Kacukan Kampung. Projek ini turut melibatkan ahli Pekebun Kecil. Koperasi meluaskan lagi perniagaan dengan membuka Kedai Input Pertanian yang dimana pelbagai produk Baja, Racun dan Peralatan pertanian dijual.
Koperasi kami telah menerima pelbagai anugerah dimana anugerah ini hasil daripada usahasama ahli koperasi dan pengurusan yang saling bergadin bahu menaikan nama koperasi. Harapan Koperasi adalah agar dapat menjadi contoh kepada Koperasi Pekebun Kecil yang lain dalam meningkatkan produktiviti perniagaan dan memberi keberuntungan kepada ahli - ahli Koperasi.
For any inquiries, kindly contact us by utilizing the form provided below.
Thank you for contacting us!